PETALING JAYA: The New Year’s Eve celebration to welcome 2023 at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur has been cancelled as the government focuses on the floods that have hit several states.
“Due to the floods and the hardship of the people, we have decided to cancel the grand New Year’s Eve celebration on Dec 31 at Dataran Merdeka,” Bernama quoted Prime Minister Anwar Ibrahim as saying at a press conference after chairing the weekly Cabinet meeting.
Anwar said today’s Cabinet meeting focused on the floods in Kelantan and Terengganu and he would be going to Kelantan to assess the situation.
He said deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi, who had already been to both states to monitor the situation and initiate some immediate actions, had briefed the Cabinet on the situation at today’s meeting.
“I will go to Kelantan and announcements related to the floods will be made there after getting field reports from the state government.
“There were also suggestions to involve some voluntary bodies and NGOs in terms of ensuring the people’s welfare and providing aid. Greater involvement of the armed forces, as well as some existing assets, will be utilised for that purpose,” he said.
Source: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/12/21/2236623/
Nak Points?
Tunggu apa lagi, travel travel travelll!
- PLUS Keluarkan TTA Cuti Perayaan Krismas & Hujung Tahun Untuk Pelanggan Rancang Perjalanan
Pada ketika ini jumlah trafik harian di lebuh raya kendalian PLUS telah meningkat kepada 1.8 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta sehari yang direkodkan pada tahun 2019. Namun begitu, PLUS menjangkakan lonjakan trafik kepada 2 juta kenderaan sehari bersempena dengan cuti perayaan Krismas dan hujung tahun bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata lebih daripada 1.8 juta kenderaan direkodkan secara konsisten berikutan bermulanya cuti sekolah.
“Sejak kita memasuki fasa endemik, PLUS merekodkan jumlah trafik yang tinggi iaitu sebanyak 1.8 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19.
“Berdasarkan corak perjalanan pelanggan dan data trafik ketika cuti perayaan dan cuti hujung tahun yang lalu, kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan melalui rangkaian lebuh raya kami setiap hari. Oleh itu, pelanggan lebuh raya disarankan untuk mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Pada masa yang sama, pelanggan jugadinasihatkan bersedia untuk menempuh tempoh perjalanan yang lebih panjang disebabkan lonjakan trafik ini. Jadual TTA ini boleh dirujuk di laman web PLUS di www.plus.com.my atau saluran-saluran media sosial kami,” jelas beli Perjalanan dari Lembah Klang (pada 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023)
Pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi. Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang.
Perjalanan ke Lembah Klang (pada 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023)
Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10:00 pagi untuk perjalanan kembali semula ke Lembah Klang daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan negeri-negeri lain.
“TTA bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, terutamanya di laluan-laluan kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan ini. Ia direka untuk mengelakkan pelanggan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh ‘bertembung’ dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat.
Dengan mematuhi TTA, ia boleh memberikan pengalaman perjalanan pelanggan lebuh raya yang lebih baik,” jelas Datuk Zakaria.
Selain daripada TTA, PLUS juga mengambil langkah lain bagi mengimbangi lonjakan trafik dan pada masa yang sama, menyediakan perjalanan yang lancar dan selesa ketika musim perayaan.
Datuk Zakaria berkata PLUS juga telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja dan tiada penutupan lorong bermula 23 Disember hingga 26 Disember, dan di antara 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya.
“Walau bagaimanapun, penutupan lorong mungkin terpaksa diadakan bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, kerja pembersihan di lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal atas sebab keselamatan,” tambah beliau.
Datuk Zakaria menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk merujuk laman Twitter PLUS untuk mendapatkan maklumat terkini atau mereka boleh menggunakan Aplikasi PLUS, yang membolehkan mereka untuk mengenal pasti kawasan yang mengalami kesesakan.
“Twitter PLUS menyediakan maklumat trafik terkini sebagai panduan pelanggan. Selain itu, kami juga menawarkan Aplikasi PLUS di mana pelanggan lebuh raya boleh mengakses paparan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi-lokasi strategik dan laluan utama di lebuh raya.
“Mereka juga boleh berkomunikasi dengan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface), iaitu chatbot artificial intelligence lebuh raya yang pertama yang boleh membantu untuk merancang perjalanan mereka sewajarnya,” ujar beliau. Datuk Zakaria turut menyarankan pelanggan lebuh raya supaya turut menggunakan aplikasi yang lain seperti Waze dan Google Maps ketika perjalanan.
Beliau turut menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya mereka bersedia secara fizikal dan mental untuk perjalanan jauh, termasuklah lebih berhati-hati ketika memandu pada musim hujan.
“Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik, mendapat rehat yang cukup, dan sediakan keperluan penting seperti air, susu tepung bayi, ubat-ubatan untuk orang tua dan makanan ringan di dalam kenderaan.
“Mereka digalakkan untuk berhenti rehat di kawasan rehat & rawat (R&R) atau hentian sebelah dari masa ke masa sebelum menyambung semula perjalanan,” katanya.
Pelanggan lebuh raya turut diingatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go atau e-wallet mereka mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
“Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya,” katanya.